Jumaat, 30 Disember 2011

Tenang-tenang sayang :)


Assalamualaikum w.b.t sahabat-sahabat MKFC..


(entry ini agak serius)


Buat pertama kalinya penulis ingin melakar sedikit coretan di blog kesayangan MKFC ini. Tiada unsur-unsur berbahaya tuk disampaikan. Just sekadar luahan hati, motivasi diri kepada adik beradik dlm mencari ketenangan hati, mencari jati diri, dan dalam masa yang sama mendekatkan diri kepada Pencipta dalam menyelesaikan musibah hati. Penulis hanya menyematkan di hati ini...



"Sesungguhnya aku tidak mengetahui, sedangkan Engkau Maha Mengetahui, Takdirkanlah kebaikan bagiku, dan jadikanlah hatiku meredhainya…"


ye redha..redha itu ikhlas... pasrah itu menyerah (skrip Ombak Rindu).. jangan mudah mengeluh. jangan mudah pasrah. jangan mudah mengeluh. 


" Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya dan Allah tidak akan menguji hambaNya di luar  kemampuan hambaNya "


Ape-ape pon, pernah sesekali atau kerapkali mungkin, dalam hidup ini kita diuji dengan dugaan yang kita rasakan sangat berat, hingga kita jatuh terduduk, tergamam, terpana. Terasa jiwa yang tenang mula berombak, fikiran yang lapang terasa sesak. Dunia yang semalamnya cerah, hari ini terasa gelap gelita, tiada cahaya, tiada apa-apa. 


Kita teraba-raba, mencari tangan-tangan untuk berpaut, mencari bahu-bahu untuk bersandar, mencari dinginnya embun nasihat buat menyejukkan hati, saljunya madah kata pemujuk jiwa yang bisa mengembalikan kelamnya hidup kita. Kita tercari-cari dimanakah insan kesayangan kita. Adakah ketenangan ada bersama mereka ? emm

Namun, kita rasa hampa kerana tiada tangan yang datang menghulur, tiada bahu yang datang mendekat, tiada curahan kata, tiada madah pujangga, tiada apa-apa. Sedang hati kita semakin terjerut kehibaan, mengenang dugaan yang semakin memberat, sedang jalan keluar seakan tidak kelihatan, kita seolah-olah tersesat di hutan belantara, di malam kelam yang tiada bintang, tiada juga bulan penunjuk haluan.


Entah mengapa, semuanya bagai tak kena. Masalah yang menimpa tidak juga menampakkan penyelesaiannya, sedang insan di sekeliling kita tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantu kita. 


Kita keseorangan, sendirian, dalam kegelapan, kebuntuan...




Sungguh, kita terasa ingin lari jauh. Jauh kemana-mana saja, asalkan kita terlepas dari belenggu yang menyesakkan fikiran ini. Kita mahu mencari sesuatu... "Ya Allah, berikan aku ketenangan". Ya, tiada apa yang lebih kita inginkan, tiada lain yang kita perlukan saat ini, melainkan ketenangan. Kita ingin Allah pinjamkan kita ketenangan, biarpun seketika, biarpun hanya sedetik cuma.




Kita cuba memujuk hati yang walang, cuba mencari ketenangan yang diimpikan. 



Kita mencari-cari di mana kita boleh mendapatkan ketenangan itu. Andai ia terjual di mana-mana (Mydin, Sabasun, pasar malam). ya ! dalam saat ini kite rela berikan segalanya untuk sebuah ketenangan. Andai apa jua syaratnya, kita pasti mahu memenuhinya, asal saja kita mendapat ketenangan itu. Andai ada manusia yang menyimpan ketenangan itu, akan kita cari dia walau di puncak mane dia berada. Semua demi ketenangan. kita umpama pengembara yang kehabisan bekalan air, di padang pasir yang panas terik. walau segunung permata yang kita miliki saat itu, tidak berguna. kerana yang kita perlukan adalah air dan sekiranya ada yang mahu menukarkan segelas air dengan permata yang kita miliki, maka kita sanggup ?




" Sungguh, ketenangan ini adalah satu anugerah yg sangat istimewa, kerana ia tidak dimiliki oleh sesiapan melainkan Allah s.w.t "



p/s : Jom dekatkan diri ngan Allah. seronok-seronok jugak ! ganjarannya hati tenaaaaanggg. then bagi yang sedih. La Tahzan Innallah Ma'ana. Allah kan ade ! :) kitorang pon ade..













Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...