Jumaat, 30 Disember 2011

Tenang-tenang sayang :)


Assalamualaikum w.b.t sahabat-sahabat MKFC..


(entry ini agak serius)


Buat pertama kalinya penulis ingin melakar sedikit coretan di blog kesayangan MKFC ini. Tiada unsur-unsur berbahaya tuk disampaikan. Just sekadar luahan hati, motivasi diri kepada adik beradik dlm mencari ketenangan hati, mencari jati diri, dan dalam masa yang sama mendekatkan diri kepada Pencipta dalam menyelesaikan musibah hati. Penulis hanya menyematkan di hati ini...



"Sesungguhnya aku tidak mengetahui, sedangkan Engkau Maha Mengetahui, Takdirkanlah kebaikan bagiku, dan jadikanlah hatiku meredhainya…"


ye redha..redha itu ikhlas... pasrah itu menyerah (skrip Ombak Rindu).. jangan mudah mengeluh. jangan mudah pasrah. jangan mudah mengeluh. 


" Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya dan Allah tidak akan menguji hambaNya di luar  kemampuan hambaNya "


Ape-ape pon, pernah sesekali atau kerapkali mungkin, dalam hidup ini kita diuji dengan dugaan yang kita rasakan sangat berat, hingga kita jatuh terduduk, tergamam, terpana. Terasa jiwa yang tenang mula berombak, fikiran yang lapang terasa sesak. Dunia yang semalamnya cerah, hari ini terasa gelap gelita, tiada cahaya, tiada apa-apa. 


Kita teraba-raba, mencari tangan-tangan untuk berpaut, mencari bahu-bahu untuk bersandar, mencari dinginnya embun nasihat buat menyejukkan hati, saljunya madah kata pemujuk jiwa yang bisa mengembalikan kelamnya hidup kita. Kita tercari-cari dimanakah insan kesayangan kita. Adakah ketenangan ada bersama mereka ? emm

Namun, kita rasa hampa kerana tiada tangan yang datang menghulur, tiada bahu yang datang mendekat, tiada curahan kata, tiada madah pujangga, tiada apa-apa. Sedang hati kita semakin terjerut kehibaan, mengenang dugaan yang semakin memberat, sedang jalan keluar seakan tidak kelihatan, kita seolah-olah tersesat di hutan belantara, di malam kelam yang tiada bintang, tiada juga bulan penunjuk haluan.


Entah mengapa, semuanya bagai tak kena. Masalah yang menimpa tidak juga menampakkan penyelesaiannya, sedang insan di sekeliling kita tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantu kita. 


Kita keseorangan, sendirian, dalam kegelapan, kebuntuan...




Sungguh, kita terasa ingin lari jauh. Jauh kemana-mana saja, asalkan kita terlepas dari belenggu yang menyesakkan fikiran ini. Kita mahu mencari sesuatu... "Ya Allah, berikan aku ketenangan". Ya, tiada apa yang lebih kita inginkan, tiada lain yang kita perlukan saat ini, melainkan ketenangan. Kita ingin Allah pinjamkan kita ketenangan, biarpun seketika, biarpun hanya sedetik cuma.




Kita cuba memujuk hati yang walang, cuba mencari ketenangan yang diimpikan. 



Kita mencari-cari di mana kita boleh mendapatkan ketenangan itu. Andai ia terjual di mana-mana (Mydin, Sabasun, pasar malam). ya ! dalam saat ini kite rela berikan segalanya untuk sebuah ketenangan. Andai apa jua syaratnya, kita pasti mahu memenuhinya, asal saja kita mendapat ketenangan itu. Andai ada manusia yang menyimpan ketenangan itu, akan kita cari dia walau di puncak mane dia berada. Semua demi ketenangan. kita umpama pengembara yang kehabisan bekalan air, di padang pasir yang panas terik. walau segunung permata yang kita miliki saat itu, tidak berguna. kerana yang kita perlukan adalah air dan sekiranya ada yang mahu menukarkan segelas air dengan permata yang kita miliki, maka kita sanggup ?




" Sungguh, ketenangan ini adalah satu anugerah yg sangat istimewa, kerana ia tidak dimiliki oleh sesiapan melainkan Allah s.w.t "



p/s : Jom dekatkan diri ngan Allah. seronok-seronok jugak ! ganjarannya hati tenaaaaanggg. then bagi yang sedih. La Tahzan Innallah Ma'ana. Allah kan ade ! :) kitorang pon ade..













Ahad, 25 Disember 2011

Sehari CREW MKFC fan & fun bersama event BBQ PETEH MANAF PETEH.



Tarikh
: 25 Dec 2011
credit to : Mesor Mesaya

Alhamdulilah,Syukur kehadrat Ilahi Kerana Crew Mkfc Fan & Fun dengan jayanya hadirkan diri ke majlis tersebut yang dihadiri oleh Owner Page : MANAF MAMAT dan beberapa player Terengganu (sabi,Saha,Mail,Nordin & keeper rezef(lupe nama nape)).
Walaupun jumlah Crew Mkfc Fan & Fun kita yang hadir dalam bilangan yang kecil namun kehadiran kita menjadi perhatian kerana Crew kita memakai baju We Are Crew. Ini dapat dilihat dalam page Mkfc Fan & Fun dimana jumlah meningkat dari (petang 406 like-dan sehingga pukul 12.00 malam mencecah ke 412) dan mungkin akan bertambah sebelum menjelang pagi besok.

Pada pukul 5 ptg esok Crew kita bgambar untuk promosi baju yang akan dipost dalam Wall Page MKFC fan & fun ...Segala tempahan akan dibuat mulai besok. 26hb dis 2011.

#Akhir kate Aboh Harap kita akan maju selangkah demi selangkah untuk Mkfc Fan & Fun.<3 <3

Khamis, 8 Disember 2011

Tutorial Adobe Photoshop part 1 with download adobe photoshop cs3 free n tutorial


Jeng2x...Ramai yang nak belajar edit gambar gune adobe photoshop,nie adming ade selitkan link download adobe photoshop cs3 portable(maksudnyer xyah install) yang belum ade agi software nie boleh lah download skrg..walaupun sekarang dah ade version 7 ..xpe dang pandai nanti boleh lah cube version2x lain...Sebab kebanyakkan sftware adobe photoshop amat besar.Tuh yang adming letakkan adobephotoshop portable. download dan terus run software tuh tanpa dinstall ,ringan dan cepat. nie pulok link untuk download Tutorial adobe photoshop cs3 ...ape2x masalah boleh diajukan..komen kat bowoh ye..tq

Tutorial Photoscape < membuat efek pada gambar >


Salam semua, baru nie ade pamily kite yang hendak belajar edit gambar. Nah, disini ade sedikit tutorial untuk edit gambar mengunakan software yang biase orang pakai iaitu photoscape. Adming pun jarang pakai software nie untuk edit gambar, sebab lebih suka pakai adobe photoshop. Mungkin ramai yang x pandai nak menggunakan adobe photoshop sebab kebanyakkan yang menggunakan software ini yang dah mahir. Sekarang kite mari belajar menggunakan software ini, ia lebih senang daripada software editing lain..

1. Mula2x DOWNLOAD dulu disini Photoscape 3.5 download free..

2. Pilih menu EDITOR

3.Seterusnya cara foto yang akan diberikan efek pada kolom browse (berisi dokumen kamu) di kiri atas.

4.Setelah itu pindahkan foto yang akan diberi efek dari kiri ke kanan
efek foto01
5.Semua menu yang tersedia disini cukup banyak, ada frame unik,rotasi,sharpen, filter dll, dan semua ini bergantung atas kita hendak mecorakkan gambar kita. Silakan cuba-cuba sendiri,contohnya ada ada dihalaman bawah.Penting: kalau tidak sesuai dengan efek yang ditampilkan boeleh diundurkan kembali kat (kanan bawah), dengan syarat ,gambar itu sebelum disave..

6. Ini menu boxnya sebagai acuan untuk contoh-contoh dibawah:
efek foto
7. Setelah pemberian efek selesai, foto bisa disimpan dengan klik Save >> Save as (agar foto asli tidak berubah)
efek foto02
Berikut ini contoh efek-efeknya:
a. Klik pada segitiga di B, pilih frame yang dikehendaki
efek foto04
b. Klik pada segitiga di C >> Antique Photo, pilih sesuai yang anda mahu pilih, dapat diatur color convertionnya
efek foto06
c. Klik pada segitiga di C >> Lens Flare, tentukan posisinya, jumlah sinarnya, ketebalan dan panjangnya. Kalau ingin lebih dari satu, ulangi lagi cara ini.
efek foto08
d. Klik pada segitiga di C >> Make a Box, pilih jenis yang dikehendaki
efek foto011
e. Klik pada segitiga di C >> Reflection. Size, level dan perspektif dapat diatur.
efek foto012
Demikian cara-caranya, nantikan banyak lagi cara edit menggunakan photoscape..
admin ucapakan selamat menggunakan...tq.

Isnin, 5 Disember 2011

Drama Cinta Elysa bersiri..

Salam semua,
musim sekarang memang ramai anok2x aboh yang perempuan dan lelaki yang asyik layan drama tv3 cinta elysa .skunk adming letak video drama cinta elysa dlm blog nie..berpart2x..takut yang lepas2x ketinggalan,leh r tgok smula. dan episod akan datang akan diupdate sehingga tamatnyer drama nie..harap terhibur dengan cerita ini..
Sinopsis
Cinta Elysa mengisahkan dilema yang dialami oleh Aril lakonan (Botak Juvana) yang terpaksa menjalankan tanggungjawab menjaga ibu saudara dan sepupu-sepupunya yang membenci dan memusuhinya. Watak ibu saudara yang benci sangat kat Aril dipegang oleh Zila Bakarin dan sepupunya yang perempuan nama Elysa ( lakonan Fasha Sandha).
Jasman bapa saudara kpd Aril ni mahu Aril menjaga dan memastikan keselamatan anak anak nya sebelum dia meninggal dunia, dia dah pesan kepada Aril supaya menjaga anak anaknya hingga mereka tamat pengajian. Aril ni seorang yang samseng dan dia dianggap pemuda bermasalah dan dibenci oleh ibu saudara dan sepupunya. Jadi dalam keadaan dia dibenci dia terpaksa menjalankan tanggungjawab besar tu walaupun terpaksa berdepan dengan ibu saudaranya yg jadi penghalang.
Walaupun Aril ni nampak jahat dan liar tetapi dia dalam diam menaruh hati dan mencintai sepupunya Elysa…(heheh dalam hati ada taman gitu..seronok kan melihat Botak bercinta pulak kali ni ). Oleh sebab cinta yg kuat kepada Elisa lah Aril masih duduk di rumah tu walaupun dibenci oleh mak saudaranya hari – hari. Elysa pada mulanya tak suka kat Aril, almaklumlah , Aril ni samseng..lagi mau tanya!? ( skrip Johan dalam Cinta Elysa) namun begitu lama kelamaan dia melihat Aril ni baik dan selalu melindungi dia dari diganggu oleh lelaki lain maka berputik la sayang dia kat Aril..
Kisah menjadi panjang lagi, apabila ibu saudaranya menghalau Aril keluar dari rumah, dan waktu itu, Aril nekad membawa bersama Elysa. Aril menjalani kehidupan samseng untuk menyara diri dan Elysa. Elysa tak suka Aril hidup mencari rezeki cara tak elok. Elysa nak Aril cari kerja yang halal dan menjalani kehidupan yang baik. ( Botak botak…ni mesti tak insaf ni buat kerja samseng, kena masuk sekolah budak nakal lagi le ni heheh) . Demi cintakan Elysa, Aril cuba berubah dan mencari rezeki yang halal dan dia menerima segala nasihat dan teguran Elysa.
PERINGATAN: jika mahu tgok cerita nie..stopkan dulu radio kat bowoh tuh..ade button     stop.Jika mahu tgok cerita lancar..sila tekan play semua sekali..dan tekan paused.supaya tidak tersekat ketika tengok movie ini


                                                                              Part 1 
part 2
part 3
part 4
 Part 5
 Part 6
 Part 7
 Part 8
 Part 9
 Part 10
 Part 11



 slmat menonton..
                                                                                                                                   yang ikhlas adming-t-

Sabtu, 3 Disember 2011

Filem Mihrab Cinta online

Salam,pamili MKFC semua..jom layang movie yang penuh dengan pengajaran buat kita semua.
nie adming-T- selitkan sipnosis nyer..

Sinopsis Filem Dalam Mihrab Cinta
Syamsul (Dude Harlino) pemuda 20 tahun-an bertekad menuntut ilmu di sebuah pesantren di Kediri, meninggalkan kehidupannya yang cukup nyaman. Disini ia bertemu dengan Zizi (Meyda Sefira) putri pemilik pesantren yang pernah ditolongnya ketika dijambret di kereta, yang kejadian tersebut membuat mereka jadi dekat.
Dipesantren ini Syamsul terusir karena dituduh mencuri akibat fitnah sahabatnya sendiri Burhan (Boy Hamzah). Kemudian karena keluarganya sendiri juga tidak mempercayainya, hingga benar-benar membuat Syamsul menjadi seorang pencopet.
Di tengah kekacauan dan kegelapan hidupnya ini Allah memberikan jalan baginya untuk bertobat dan mempertemukannya dengan Syilvie (Asmirandah) seorang gadis solehah.
Apakah Syilvie nantinya yang akan berjodoh dengan Syamsul ataukah Zizi yang bakal jadi pendamping hidupnya?
PART 1-8    PERINGATAN: jika mahu tgok cerita nie..stopkan dulu radio kat bowoh tuh..ade button     stop.Jika mahu tgok cerita lancar..sila tekan play semua sekali..dan tekan paused.supaya tidak tersekat ketika tengok movie ini.



Adming harap kite boleh berkongsi pengalaman yang kita dapat dalam cerita ini..sila komen kat bowoh..
                                                                                                                                                                      Yang Ikhlas admin-t-

Jumaat, 2 Disember 2011

Ucapan Pembukaan MKFC blog drpade Presiden MKFC (Aboh)




MKFC FAN & FUN ditubuhkan pada 14 september 2011 difan page fb

Di naugi Oleh : MELEWAR KING (ABOH)

Di Seliakawal Oleh :
Admin-a-

Admin-b-

Admin-c-

Admin-u-

Dibantu Oleh : Biro-biro MKFC Fun

Diceriakan Oleh : Anop2x aboh sekalian

Tujuan Penubuhan : Penubuhan Mkfc (fan & fun) page bukanlah bertujuan
 untuk melwan mana2x page yang dan langsung tidak berniat menyinggung
 mana2x pihak yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia.Sebagai satu
 page yang bertemakan (Fan & Fun) disini kalian pasti tidak kering gusi, kalian
 pasti menangis, kalian pasti ceria & kalian pasti gembira...Disini lah
 tempatnya."Orang kate tak kenal make tak cinta,tak bersua pasti tiada mesra.





Matlamat : Mencari seramai ahli untuk dijadikan famili MKFC fan & fun.Kita sama-sama melupakan saat sedih & duka, berkongsi masalah, memberi tazkirah, mencoretkan ilmiah & melakar kenangan-kenangan terindah.Apa-apa pun matlamat kalian di MKFC(fan & fun) itulah halatuju kalian. Jadikan ia satu sandaran atau titian dimana kita berkenal kenalan & meluahkan perasaan namun usahlah bersimpang dari ciri2x keislaman..SALAM UKHWAH




AKTIVITI yang telah dijalankan :


-07 November 2011 Firt Family Day Fan & fun

-18 November 2011 Futsal jalinan Kasih MKFC fan & fun

-26 November 2011 Riadah MKFC fan & fun


AKTIVITI yang belum dijalankan :

-10 disember 2011 Badminton "SMASH" sayang MKFC fan & Fun

-22 Disember 2011 Road Tour MKFC fan & fun to kemaman









Jumaat 2 DEC 2011

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH WABARAKATUH.

Sejajar dengan tuntutan islam demi menyatukan kita sesama insan demi mengeratkan sebuah persahabatan.Kita perkukuhkan ukhwah melalui laman sosial, kita jalinkan kemsraan melalui hubungan kekeluargaan maka terciptalah >>>


MELEWAR KING FC BLOG (MKFC BLOG)

Syukur Allhamdulilah, pertamanya, Sukalah aboh melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah taala, kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, maka wujudlah blog MKFC fan & fun .(CREDIT TO CREATOR).


Terima kasih yang terucap buat anop2x aboh yang tidak jemu memberi sokongan dan dorongan mahupun semangat untuk kita terus sama2x jatuh dan sama2x bangun di MKFC fan & Fun. Aboh amat berharap dengan Wujudnya MKFC BLOG ini mampu menyatukan kita semua lebih apa yang kita lalui sebelum ini.

Aboh titipkan dua rangkap pantun yang membawa maksud akan ucapan kasih aboh buat anop2x semua..


Pisang emas dibawa berlayar, 
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi di bawa mati..


Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik Bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik dikenang juga.....


Semoga Allah menetapkan langkah kita dalam jalan ukhwah. Marilah kita jernihkan kembali niat kehadiran kita di sini agar MKFC fan & fun ini tertus dipayungi oleh Malaikat dan rahmat allah, Aquulu qauli haza wa

astaqfirullahu li walakum...

Salam sayang..

-Love U love Them Love All-

Presiden Melewar KiNG FAn & FUN :)




MELEWARKINGFC CHATTING

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...