Rabu, 25 Januari 2012

MESRA BBQ MKFC

tak disangka tak diduga akhirnya apa yang telah dirancang berjalan dengan lancar. tarikh 24 januari 2012 merupakan tarikh yang paling indah dan bahagia buat ahli MKFC kerana sama sama melibatkan diri dalam menjayakan event MESRA BBQ pada kali ini. wink

tak lupa juga buat mereka yang tidak dapat hadirkan diri pada event kali ini, usahlah bersedih hati, usahlah merajuk diri, usahlah menjauhkan diri anda semua. insyallah akan adanya event yang seterusnya selepas ini.

event pada kali ini agak berbeza pada event family day yang lepas kerana terdapat beberapa permainan yang boleh merapatkan lagi silaturrahim di antara kita. dengan berbahagikan kumpulan, ini dapat melihat masing masing bekerjasama tanpa mengira pangkat darjat atau pun rupa.

tak lupa cabutan bertuah yang merupakan aktiviti yang wajib setiap kali adanya event bbq. tahniah buat sesiapa yang bertuah pada event kali ini. hadiah yang diberikan juga sangat menarik dan mengagumkan kita semua. terbaek la. jom layan beberapa gambar. (ayat karangan darjah 6)

membuat persiapan untuk membakar ayam.

semangat membakar. perrghhhhh

permainan yang kedua, bola sepak berpasangan



permainan pertama baling belon air berpasangan

antara ahli MKFC yang hadir

jejaka idaman MKFC. 







Rabu, 4 Januari 2012

kita adalah keluarga bahagia

disini bermulalah antara kita
tanpa mengenal erti kecewa.
tanpa mengenal erti perpisahan.

masing-masing bersepakat
masing-masing bersatu 
masing-masing bersama
dalam menciptakan sebuah kekeluargaan.

usah diragui kebahagian yang dicipta
usah diragui kemesraan yang diwujudkan
usah diragui darjat dan pangkat
kerana kita adalah keluarga.

disini bukan untuk memaki-maki
disini bukan untuk menunjuk-nunjuk
disini bukan untuk memarahi
tapi disini adalah untuk mengenal erti perhubungan yang bahagia.

biar takdir memisahkan kita
biar terpisah gunung dan jerai
biar terputus bekalan elektrik
kita tetap akan bersama dan bersatu.

ayuh sama-sama kita berbahagia
ayuh sama-sama kita bergurau senda
ayuh sama-sama kita mengeratkan lagi hubungan ini
ayuh sama-sama kita berkongsi suka dan duka
kerana disini kita adalah keluarga.
keluarga yang bahagia.

jangan cemburu dengan ikatan kami
jangan mengutuk perhubungan antara kami
kerana kami bersatu hati

MELEWAR KING FAN CLUB forever ever n ever. love u all ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...