pejam celik pejam tak celik-celik dan celik balik .. esok , lusa , tulat .. kita da nak menyambut bulan ramadhan (sambut elok-elok tau .. yang laki-laki pastikan penuh dan perempuan tu takpela tak penuh kalau bersebab .. hahaha)
amacam ? puasa yang tinggal untuk tahun 2012 da ganti ke belum ? haaaa . jangan ngelat .. tak baik tau .. tapi harap-harap da ganti la kan .. mana la sempat nak ganti da , tinggal berapa hari je lagi .. kihkih ..
adik beradik semua tahu tak apa kerugian meninggalkan ibadat puasa ni ? meh nak bagitahu .. kalau da tahu .. takpa kalau nak baca pun .. hihi ..
akhir kata .. selamat BERPUASA .. dan nantikan resepi-resepi juadah untuk berbuka puasa .. wink-wink-wink ..Pahala puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan saja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).
4 ulasan:
selamat berpuasa jugok :)
yep2
Nak kad raya free? jom join ni..
http://kampung-kameq.blogspot.com/2013/07/ga-kad-raya-2013-by-ejulz.html
Selamat Berpuasaaaa.. :)
Catat Ulasan